Thursday 24 November 2011

Follow Men-Follow


Apa ke pelik sangat title aku tu? nasib la... Aku memang tak kreatif la bab tajuk-menajuk ni. Serius. Tajuk-menajuk uolls.. tak menahan. hahahaha!
Actually... tadi aku terbaca satu entry pasal  Follow You, Follow Me Back! by "INVASION" PLAN .  Pasal follow men-follow tapi tak komen, tak baca entry tak apa pun, just follow je blog orang, spam link kat setiap post orang sebab nak mencari followers sahaja. Aku serius setuju pasal blog dia ni. Korang? Setuju jugak? Eceh.. Cuba la try test baca dlu entry dia yang ni :) Tengok setuju tak setuju? Tercalit tak tercalit entry dia kalau baca :p  (to admin  "INVASION" PLAN saya da promote secara free ni blog anda. Upah sikit tengok macam mana :p hehehe.., Gurau-gurau )


                                                       


Aku sebenarnya tak kesah pun sebenarnya pasal followers aku, sikit ke banyak ke tak ada followers langsung ke, serius aku tak kesah. Komen je dah memadai untuk aku tau yang ada la yang baca entry aku. "Eceh...! Kakak ayat macam pasrah je... sebab tak ramai followers kan? Mengaku je la Tuya... tolong la jangan berdalih-dalih ni... Migraine la tengok orang berdalih-dalih ni..." Mesti korang cakap macam tu kan? Tau dah. Haha. Eh.. Tapi serius aku cakap aku memang tak kisah pasal followers, cukup sekadar aku tau ada yang baca entry aku :) Tapi komen la tolong, sekurang-kurang nya aku tau ada yang baca. Tak nak follow pun tak pa.

Actually aku pun suka follow blog orang. Tapi aku follow kalau aku tertarik dengan post-post dia je la.  (Tapi aku jarang komen la.. sebab aku tak pandai sangat komen-komen ni.. serius! ) So... maksud aku disini ialah... kalau blog korang tersenarai kat blog list aku maknanya aku tertarik ngan blog korang la. Eceh...! Ada dalam blog list aku ke? Perasan sudah :p "Peduli apa blog aku  tersenarai kat blog list ko ke tak!" Jap-jap... Relax kakak-kakak, abang-abang.. aku bukan nya cakap yang blog korang tak best.. Tak... tak bermaksud pun, sapa la aku nak komen-komen blog korang kan? Betol dak? Aku just bagitau je. Jangan la tercalit... 

Aku pun tak ramai followers apa.. Ha... Kira blog aku pun tak menarik la.. Kan?? Kan???  Dengan blog bersepah bagai... Ye tak?? Mungkin sebab aku baru lagi kot :) :'(  (Macam biasa ayat sedap kan hati :p) "Eleh... ada je orang yang baru 3 - 4 bulan yang ramai followers?"  Eleh... shut up you... :p nak sedap kan hati pun tak boleh! Huh! :p




p/s: komen k? komen la.. komen la.. komen eyh? :p

hahahaha! :p



Monday 21 November 2011

Glee :)

glee? ala cerita tu la... aku tak nak cerita pasal sinopsis or jalan cerita die, aku just nak kongsi lagu-lagu die, kalau korang perasan lagu di kadang-kadang boleh naik kan semangat kite....tak caye? dengar and hayati ni.. :)







boleh luahkan perasaan and memujuk jugak....
contoh macam kalau kita rase yang kita nak jadi orang lain sebab orang lain lebih daripada kita...lebih kepada nasihat untuk diri sendiri :)



lagu ni sesuai gila buat untuk kempen keamanan :)
series aku rase aman bila aku dengar lagu ni :)






lagu-lagu ni pulak...khas untuk kawan2 aku (termasuk korang) kita tak knal?? dosen't matter :) seriesly.... try me ;) kita pun kawan ;D

p/s : aku tau aku bukan pendengar yang baik tapi at least ade juga untuk korng brkongsi and walaupun tak boleh menyelesaikan masalah korang pun tapi korang tau yang ada orang yang sentiase ade and sokong korang :)

Friday 18 November 2011

janji melayu?

hai....slm..............

through to the issue k..sebab kali ni aku malas nak intro yang bukan-bukan yang macam aku selalu buat tu. :p Kenapa kan bila berjanji tapi tak tepati mesti kita cakap pasal janji melayu? contoh "hari ni kita jumpa pukul 9 pagi la, tapi janji melayu pukul 10 la lebih kurang" ataupun "kau apsal lambat? kata pukul 4 ni pukul 5.30 bro, betul la janji melayu kau ni" aku still tak faham kenapa melayu yang dijadikan isu? sebab pada aku yang memungkiri janji bukan je setakat melayu kan? setuju tak? jangan nak setuju sangat la.... fikir dulu...grrrrrr!

Aku tak tau la kalau istilah ni ada sebab melayu memang suka mungkir janji, ni bukan pasal perkauman ke apa, ni cuma pertanyaan dan sedikit kekeliruan yang menimpa aku. kalau cakap melayu tu maksudnya semua melayu la kan? kenapa tak jadi kan si sipolan tu yang punya nama je? contoh kalau si Ahmad yang mungkir janji kenapa tak cakap je janji Ahmad? kalau si Siti yang mungkir janji cakap je la janji si Siti. tak salah kan? baru betul...sebab yang tak tepati janji tu si Ahmad dan si Siti tadi tu kan? bukan nya semua melayu kan?


pada aku istilah tu adalah salah sama sekali sebab tak semua melayu suka mungkir janji? I don't know... how about you? suka mungkir janji?

p/s: kalau ada sesiapa yang tau sebab dia..sila-sila la utara kan pendapat anda. pendapat anda sangat saya hargai :)







Friday 11 November 2011

PENULIS BLOG HIPOKRIT..?



aku ade la lepak-lepak dengan membe-membe aku hari tu, ade sorang membe aku dia suruh la aku follow blog dia, then ada lagi sorang membe aku ni die tetibe je cakap yang penulis blog nie semua hipokrit. aku tanya la kenapa dia cakap macam tu n apa motif dia cakap mcm tu, nak juga aku tau..(aku tak de la sentap kan) just tanya je,,, dia cakap yang penulis blog nie beriye je nasihat-nasihat bagai...konon-konon buat benda baik... nasihat-nasihat jangan buat benda tak elok sume, padahal hakikatnya die sendiri yang buat benda-benda tak elok tu... then perangai penulis blog ni pun bukan baik mana pun nak nasihat-nasihat orang...so... apa kata korang??

kata aku?? ni aku jawab kat dia... bagi aku la kan... apa yang  aku rasa la kan, kebanyakan orang yang menulis blog nie selalunya dia luahkan pendapat dan pemikiran mereka dengan cara mereka sendri. aku tak tau part mana yang dia cakap penulis blog nie hipokrit, aku tak tau la kalau apa yang dia luahkan slame nie hasil daripada hipokrit dia sendiri. kannnnnnnnn?

aku cakap lagi..kenapa kan mentality kita mesti seseorang yang baik je yang boleh nasihat kita untuk jadi baik?? contoh...aku knal ngn sorang akak nie, dia 'tokan'...tau kan tokan tu ape? dengan hasil dia jual "barang" tu la dia besarkan anak-anak dia, 1 hari tu dia kena tangkap. aku dapat tau aku melawat la dia kat hotel besi tu, then dia cakap dengan aku, "kalau satu hari nanti ko susah macam mana sekali susah pun jangan sesekali buat kerja macam nie, jangan la sesekali ko terjebak dengan benda-benda nie, kesian nanti anak-anak kita, ko tengok je la akak ni, anak-anak akak kena hantar kat rumah kebajikan. ko ingat nasihat akak!" perbualan seterusnya tak yah aku cita, nanti aku sedih..(cerita ni bukan rekaan ok..series..aku tak tipu) apa yang aku nak sampikan kat sini ialah kalau nasihat si baik je yang ko nak dengar, so...nasihat orang yang mcm nie cam mana pulak?? tak payah pakai ke?? (tokan kan selalunya orang cakap jahat, tak kisah la walau sebab apa pn dorang buat benda-benda mcm nie orang akan cop mereka-mereka ni jahat).

Walaupn pada kita (manusia yg tau nak menghakim je, trmasuk la aku) mereka ni jahat, tapi nasihat-nasihat dorang bukan nya tak boleh pakai. kalau nak tunggu orang jadi baik baru boleh nasihat memang sampai bila-bila la takkan ada nasihat, sbb manusia baik mcm mana pun tetap orang pandang serong...contoh bila si A tu tak pakai tudung, orang-orang mesti cakap si A ni tak reti nak pakai tudung ke? tak tau ke tu aurat? tp bila si A ni da pakai tudung mesti orang-orang ni cakap pulak si A ni pakai tudung ni mesti sebab apapa ni, mesti sebab bf die suruh ni... contoh lagi bila si Tuya ni tolong seorang mak cik angkat barang, orang-orang mesti cakap ni mesti nak ngorat anak mkcik tu la tu...hahahaha! Sarcastic.

p/s: manusia memang tak pernah brpuas hati...  what can I say? =)


gambar nie memang tak de kene mengena ngn entry aku, tapi sbb aku suke gmbr nie aku letak la. hahahaha! :p

Wednesday 9 November 2011

my future husband?

hahahaha! nak tergelak bila tengok tittle post aku! Tuya nak kawin da?! Wow~! Wee~! Since when tuya jiwang-jiwang kerang ni? hahhahaha! Ke si tuya nie da buang tebiat..hahahaha!

hahahaha! Tak la, saje nk bagitau psal jenis-jenis lelaki yang mcm yg aku nak, maksud aku yang buat aku rase die awesome, yang buat aku rase aku blh go dengan dia. Aku memang sangat la series bila tiba bab ni, mcm yg aku cakap aku segan untuk "sakit" so mesti la kena cari yang betul kn?

tapi sebenarnya aku tidak la begitu segan untuk "sakit", penah je aku brstatus 'single but not available' berkali-kali. Ha.....  penah je "sakit" tp sekarang da tuka la status 'single and available' pergh...! gila la kau tuya siap bagitau status sekarang lagi nmpak beno despretnye. Jap2 aku bukan despret k, aku just nk cerita, kalu tak mcm mmne aku nak mengukuhkan lagi entry blog aku nie.. bagi la muka sikit Kak Yong, Abg Long, sy adik-adik baru je blajar n masuk dunia nie, tengok blog..blog pn sedih + suram je.. tumpang lalu ea?? heee =)

macam yang aku cakap tadi aku sangat la series bila tiba isu-isu dan bab-bab kawin mengawin ni. sebabnya? aku perlukan sebuah keluarga yang harmoni, yang bahagia, dimana aku mempunyai seorang suami yang berperanan sebagai anak, menantu, suami, ayah, abang, adik, sahabat, jiran, rakyat dan hamba Allah yang baik dan brtanggungjawab. dia tau peranan dia.
seriesly aku bukan jenis yang memilih lelaki sangat sebenarnya, aku tak la nak demand tak tentu hala, nk laki muke cute miut mcm artis korea, macho n gagah perkasa mcm mamat dalam cite hindustan (yg hero selalu naik lmbat tu), mata biru mcm matsalleh, romentik mcm dlm filem2 yg boleh buat korang-korang nie menagis-nangis mcm cerita lagenda budak setan tu, aku rasa cukup je sekadar lelaki melayu yg sederhana semuanya, tk payah la nk sarkastik sangat. aku pun sedar je aku ni pn bukan nye elok sangat pn kn + ngn prangai aku yangentahapape nie, mksud aku yg kasar nie la ( tapi kene demand jugak tk kn nk pakai amik je mcm amik ikan kt pasar, ikan kt pasar tu pun kita belek-belek dlu tengok elok ke tak busuk ke tak ni kn pulak nak pilih husband kn? heeeee~) sambung-sambung, lelaki tu just cukup la sekadar pemikiran dia yang buat aku rasa dia blh meretas benua ngn aku, supaya kita boleh duduk kt satu tempat tapi otak n pemikiran kita terbang ke seluruh pelusuk dunia (err..maksud aku yg boleh lepak bincang semua jenis topik la. =_=" heeeee~ )

kenapa pemikiran dan boleh berperanan sebagai anak, menantu, suami, ayah, abang, adik, sahabat, jiran, rakyat dan hamba Allah yang baik dan brtanggungjawab yang aku pilih? sebab dia sangat mudah, bila aku da ada husband confirm-confirm la aku n my husband nk anak kn....cewah! :)  aku nk dia boleh berperanan sebagai anak, menantu, suami, ayah, abang, adik, sahabat, jiran, rakyat dan hamba Allah yang baik dan brtanggungjawab sbb bila dia jadi bapa aku nak dia jadi idola untuk anak-anak aku. suami dan bapa yang dapat membimbing kami, yang saling lengkap melengkapi. tegur-menegur bila buat silap. aku jiwang...? aku tau tapi peduli plak aku, aku berblog untuk luahkan apa yang aku rasa, aku tk kisah pun kalu tk ramai yang follow aku, event klau tk de yg follow pn tk pe, sbb kt sini la tempat aku merepek, membebel n meluahkan perasaan, so...peduli ape kn..hahahaha.. gurau-gurau...maap ayat kasar.. =) aku memang kasar...! ok nanti aku citer pulak k pasal tu. Ask me later k.. (@_@)

pemikiran pulak? bila dia ade pemikiran yang boleh merentasi seluruh pelusuk dunia tu mknenye dia akan ada sifat tolak ansur. sbb nya? sbbnya orang yg boleh berfikir je yang selalunya boleh brtolak ansur. Bila ada tolak ansur akan ada sifat faham memahami, belas kasihan, sabar. bila ada semua ni akan ada kasih sayang yang kuat antara kita, CINTA antara kita sbb kita saling memahami. see... sape cakap tuya tak boleh cerita pasal CINTA? try me... hahahahaha!

bila aku da ada keluarga aku sendri, aku harap aku dapat didik anak-anak aku dengan baik, aku dapat jadi isteri yang tau jaga maruah suami dia, ibu yang adil kat anak-anak dia. aku harap aku jugak dapat jadi anak, menantu, isteri, ibu, kakak, adik, sahabat, jiran, rakyat dan hamba Allah yang baik dan brtanggungjawab.

kalau lelaki-lelaki yg aku jumpa kt blog, yg aku rase awesome pemikiran nya yg aku rase boleh merentas benua dgn baik adalah......jeng jeng jeng:


  1. http://cinamelayu.blogspot.com/ (yg ni blog brsama) atau http://district13th.blogspot.com/
  2. http://syazwancdm.blogspot.com/ (dia ckp dia suka awek tinggi2 mslhnye aku pendek...hahahha! gurau k..peace =)
  3. http://platunkhaz.blogspot.com/  atau ( blog brsama) http://cinamelayu.blogspot.com/
  4.  http://blog.ayeemayam.com/
  5. http://sayafaiz.blogspot.com/
  6. http://zackzukhairi.blogspot.com/   (die da ade cik awek ok)
  7. http://www.chemohdhilmi.blogspot.com/  (bakal DR, smoga dpat jd DR yg baik, seorg yg lawak, dari cara die jawab komen-komen dp kwn2 fb die,,hahahaha!)  =) 
  8. http://bubblechezz.blogspot.com/ (try baca blog die..lawak! mane yg trase tu confrm sentap la wei, kahkahkah!)
  9. last skali...tp die bukan brblog tp die vlogging  matluthfi90 (aku suka cara dia luahkan pendapat die! seriesly)  =)

tk de gmbr drng pn cm mne nk knal??!

haloo3...! aku suh knal drang melalui penulisan drng leee,,penulisan tu yg menunjukkan sape dorang nie bukan dpd rupa dorang..kan aku da bagi link tu.. ingat muka tu boleh diharap ke? haila......


aku ckp drng blh merentas dunia dengan baik je ok..aku tk brmaksud apape..tk brmksud pn apapepn! aku betol2 tekankan k tak bermaksud apape pn.

link-link nie tak laen tak bukan hanya untuk menunjukkan cara dn pemikiran mereka, cara mereka mengkritik tentang sesuatu... ! dn cara mereka mnyampaikan sesuatu apa yang ada didalam hati dan pemikiran mereka =)


to: cik awek, cik tunang, cik ex-awek, puan(isteri2 mereka2 ini), cik bakal awek sy mintak maap, sy bukan nk kacau ke ape ke pn, just pinjam drng kejap je untuk menjelaskan mksudnye sebagai contoh dkat pemaca2 nie je (klau ade, hahahhaha!)


aku tau aku memang gile bila aku buat entry mcm nie, tp aku peduli ape bak kate Faiz Tapit blog aku bukan blog bapak kau..! kasar sangat la tuya! maap2.... gurau2.. peace =)


notakaki: : aku pun akan berusaha untuk jadi isteri yg mcm husband aku nk ( aku tk de la berat sebelah sangat, dia je kene prngai elok aku tk pe wt perangai ntahpapentah aku tu)



p/s: maap kalau trkasar bahasa, terlebih bicara, melampau tak terkata. peace =)

Friday 4 November 2011

surat n peraturan paling best !

SURAT DARI BAKAL BAPAK MERTUA...

Peraturan 1:
Kalo ko sampai kat pagar umah... aku pastu dok hon…hon, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape2 atau sesapa.

Peraturan 2:
Jangan ko pegang2 anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku..aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah..

Peraturan 3:
Aku tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok2 cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa ber’dating’ ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat pinggang.

Peraturan 4:
Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks ‘selamat’ yang omputih dok canang hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau lain2, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham?

Peraturan 5:
Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua ko..ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa. Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: “Awal.”

Peraturan 6:
Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan ko tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai2 cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis.

Peraturan 7:
Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar. Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni.

Peraturan 8:
Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.

Peraturan 9:
Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy2 aku. Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main2 ngan aku.

Peraturan 10:
Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas “saya datang antar anak pakcik”. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.Sekian. :D


hahahhaha! lawak memang la lawak tp mamat-mamat sekarng memang patut di beri amaran mcm nie, tp bkn mamat-mamat je, yg wanita-wanita tu pn kne bg amaran yg sama.. sbb nye tepuk sebelah tngan tk kn brbunyi...
jgn tnye ape kne mngene ngn tepuk sbalh tngan tk kn brbnyi... sy memang suke main double meaning nie.. hahha!

p/s: sy memang amik benda nie dri org laen, sbb sy rase sy nk kongsi benda nie dgn anda =)