Da lame tak update kan? last entry 24 november kan? nie da 12 disember. Eceh... macam ada sesape kisah kan? haha! hmmmmmm.... kali ni nak buat entry pasal cinta pulak. sengih. ;)
Straight to the point k? Orang selalu cakap pasal cinta. Orang Korea sebut-salang, kalau orang Cina panggil-rè'ài, orang Jepun cakap Ai dalam Latin, Portugis dan Spanish-amor. (credit to guru bahasa la kan :p) Tapi kita sedar tak apa maksud cinta yang sebenarnya? Orang cakap cinta ni terlalu susah untuk diungkapkan atau disebut dengan perkataan.. Betul ke? kalau betul susah nak diungkapkan.. kenapa aku dengar banyak je lagu pasal cinta? Banyak je movie yang dialog dia pasal cinta? haaaaaaaaa? hehehe! Mungkin apa yang dorang nak bagitau ialah maksud cinta tu kot yang susah nak disampaikan... entah..mungkin....
sesusah nie kot nak explain
Masuk pulak isu pengorbanan atau kebodohan...mungkin.. errr.. Selalu bila orang bercinta mesti dikaitkan dengan madah-madah cinta. Eceh...konon nya la kan.. Ayat aku.. madah-madah cinta. haha! Serius-serius! Mesti dikaitkan dengan lautan api sanggup ku renangi, akan ku redah taufan dan badai. Gunung berapi akan ku daki. Errr... tapi sini Malaysia bang... emmm.. tak da bencana yang macam tu lagi kot... setakat ni la....belum lagi rasanya...lagi pun lautan api tu... Errrr... Tu bukan da tahap bunuh diri ke bro? Satu lagi... Malaysia tak de gunung berapi la bang.. Tak pun kalau yang lagi jiwang tahap jiwa-jiwa punya .. Akan ku bina mahligai di langit ke - 7. Ciplak dri lagu kan? Errrr..... Janji kosong ke tu? Ke janji palsu? Bukan janji melayu taw... hahaha! Ok... pertanyaan aku adakah ape yang dia cakap tu pengorbanan?? Atau lebih tepat kebodohan atau penipuan? Errr... Ayat aku mungkin melampau tp... the truth kan? Atau mungkin simile yang digunakan untuk melambangkan janji tu terlalu tinggi atau boleh aku katakan terlalu melampau. atau menipu? Macam akan ku gapai bulan dan bintang untuk mu. Dei... tinggi kot, tak payah bulan bintang la... try capai restoran berputar klcc tu tapi dari taman kat klcc je tengok macam mana. Sarcastic.
Pada aku kalau bercinta, bercinta dengan otak, bukan hati dan perasaan yg tak terkawal, tengok la sampai janji yang bukan-bukan, guna kiasan yang grrrrrrrrrrrr. Kalau betul pun nak janji tak salah kalau setakat cakap akan aku jaga cinta kita hingga akhir hayat aku. Ewah! walaupun tau tu satu penipuan dalam kata-kata tapi at least kita tau kita mampu lakukan dengan kudrat kita sebagai manusia biasa. Kalau simile yg dia gunakan macam kasih sayang aku sedalam lautan, tu aku faham, sebab kasih sayang tu sesuatu yang kita boleh rasa dan beri tanpa menyentuh, bukan macam aku cintakan kau, akan ku beri apa sekali pun walau bulan dan bintang yang kau pinta. huh! Cinta tidak memerlukan penipuan tapi memerlukan bukti yang kau berlaku jujur. Kalau kau janji kan kasih sayang sedalam lautan, kau tunjukan kasih sayang kau pada dia dengan sepenuh hati, kasih sayang yang tak berbelah bagi, tapi kalau kau janji kan akan bagi apa je yang dia mintak walau bulan bintang, macam mana kalau betul dia minta bulan bintang?? jawab.... tidakkah akan terjadinya penipuan?

Ada juga manusia yang sanggup mati akibat cinta. Katanya pengorbanan (=_=") Aku tak tau kenapa ada yang sanggup bunuh diri sebab cinta, adakah aku yang tak faham maksud pengorbanan cinta ataupun aku nie tak begitu sensitif tentang cinta? bukan la aku nie prejudis pasal cinta tapi aku kesian bila tengok ade orang bunuh diri sebab cinta, menangis-nangis, meraung-raung. Come on la beb.... bunga bukan sekuntum dan kambing bukan sekandang......Errrr..... jangan rosak kan bahasa melayu Tuya! Maaf- maaf...
Last week aku dengar cerita dari kawan aku pasal ade kawan die minum racun sebab cinta terhalang, dua-dua family tak suka.. Kawan die tu pulak tak la aku kenal. So pendapat korang? Is it still pengorbanan? Then bila da bukak satu cerita biase la kan gurl-gurl... ade yang sambung pulak cerita pasal orang terjun bunuh diri kat kondo rumah kawan aku tu sebab die juga sebab cinta, dengarnya sebab bf die tinggalkan die and kawin dengan orang lain. Adakah itu layak dipanggil pengorbanan bila bunuh diri akibat cinta? Adakah itu yang dikatakan akan ku renang lautan api, dan daki gunung berapi? sebab janji dia umpama macam bunuh diri kan? tu yang dia bantai bunuh diri tu sebab nak mempertahankan cinta dia. Apakah???
Pada aku istilah pengorbanan terhadap cinta itu apabila kedua-duanya atau salah seorang berkorban demi KEBAIKAN KEDUA-DUA belah pihak TANPA menyusahkan orang sekeliling dan kaum keluarga. Dan pengorbanan tu pula BUKAN la BUNUH DIRI tu semua. Berpisah demi kebaikan, dan kebahagiaan bersama. Yes...itu pengorbanan! Contoh lagi, kalau suami isteri, suami dia sakit then tak boleh bekerja, isteri dia yang ganti tempat suami dia untuk taggung kos perbelanjaan semua dan menjaga suaminya dengan baik dan begitu sebaliknya... Yup! itu baru dipanggil pengorbanan cinta sejati bro!
macam nie... :)
cinta? pada aku? hmmmmmmm...it's ok....
i do love me :p
heeeeeeeeee :) <3
p/s: cinta kepada Allah jugak yang the best... sebab? tak perlukan pengorbanan yang sia-sia, sebab ssegala pengorbanan yang kita lakukan demi Dia akan mendapat balasan yang baik juga dari Dia, malah lebih baik lagi. Insyaallah. :)
No comments:
Post a Comment